nama

background

salji & bunga

amirah firdaus


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday 22 February 2013

tak PUAS ke??

ASSALAMUALAIKUM..

Ffffuuuuuhhhhhh... ffuuhhh... fuhhhhh....

Buang habuk kat blog nie... berhabuk dek kerana tak mengupdate..

Hai... (sambil melambai-lambai tangan). Apa perkembangan?? Haa, dah tunang? dah kahwin?? ALHAMDULILLAH.. =)

Tunang or kahwin tak ada kena mengena dengan tajuk entri nie ea.. huhu... *sesaje je..

Apa yang TAK PUAS nie??

Cuti sem nie haa... kejap je rasanya. Lagi seminggu je dah nak kena balik Puncak Alam semula... Rasa tak puas lagi. Nak cuti lagi.. (bajet macam uitm tu bapak aku yang punya je. boleh nak request2 bagai.. haha)

Dan rasa tak percaya bila nak melangkah ke semester yang ke-3.. kau percaya tak?? Seriously, masa berjalan begitu pantas! 

Dah setahun duduk kat Puncak Alam yang terlindung disebalik hutan & bukit-bukit. Yang line henset or wifi or broadband laju tak terkata. Bas rapid KL yang penuh dengan penumpang.. Bas rengit yang sekejap wujud, sekejap tak.. Wujudnya bonggol2 yang tinggi di jalanraya.. huh !! 

Ehhhh,, kenapa cerita pasal keunikkan tempat tu?

Okey2.. Abaikan je ea kalau dah terbaca tu...

Sekarang, apa yang aku tunggu ialah tarikh duit PT keluar.. Ish.. macam tunggu apa jela.. Poket kering hoi.. walaupon cuti nie aku menceburi bisnez, tapi duit bisnez untuk keperluan lain.. Bisnez apa?? Nantilah aku cerita ye..

Belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan terima kasih pada mak & ayah, lecture2 dan kengkawan kerana banyak membantu.. Syukur ALHAMDULILLAH result semester ke-2 meningkat berbanding semester pertama. walaupun pointer untuk tersenarai menjadi dekan tu tinggi lagi, tapi aku tetap bersyukur... apa yang kita usahakan, itu lah yang kita dapat. =)  

Rasanya stop dulu kat sini.. nanti lain masa kita jumpa lagi..

WASALAM... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...