nama

background

salji & bunga

amirah firdaus


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday 14 March 2014

BULAN MAC DAN PERKARA YANG BERLAKU

ASSALAMUALAIKUM...

3 Mac bermula lah semester baru untuk sem 5... Tahun akhir sudah.. Cepat je kan masa berlalu. Tapi aku masuk kelas esoknya. Nampak tak yang aku memang malas nak nak balik Puncak Alam nie.. huhu

Okey. 9 Mac, genaplah 7 tahun perkenalan aku & dia.. Rasa macam baru kenal je kan.. Rasa macam baru je first time mesej.. huhu.. Kalau nak ingat kembali detik-detik awal dulu, memang geram je kan.. Haritu aku jumpa 'kawan' yang memperkenalkan aku & dia.. Thanks so much "kudut". 

Dia, Muhammad Firdaus Bin Musa.

I Love You so much abang.

Semoga hubungan kami kekal hingga ke alam perkahwinan & seterusnya bahagia hingga selama-lamanya.

Sekarang ini isu MH370.. Menunggu & terus menunggu khabar berita tentang kapal terbang tu. Kesian ahli keluarga. Kalau aku kat tempat dyorang pon, aku rasa sedih sangat.. Kita sebagai manusia & orang Islam, hanya mampu berdoa. Memohon pertunjuk & pertolongan dari ALLAH..

Tak lupa jugak isu kemarau, catu air dan jerebu.. Ya ALLAH, kau sedang menguji kami.. Kami terima ujianMU ini Ya ALLAH.. Apalah kiranya kau memberikan hujan kepada kami.. Aku percaya, setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Wasalam..


Sunday 29 December 2013

Semester 4

ASSALAMUALAIKUM...

Fuuuhhh.. Fffffuuuhhh...

Berhabuk blog nie kan.. Last update time cuti sebelum masuk semester 4.. Nie nak updata yang baru time minggu study week plak.. Amboi.. Kemain busy cik kak kita nie.

Okey.. Macam2 berlaku semester 4 nie.. Dari 9 september sampailah sekarang 29 disember..

First yang aku takkan lupa ialah pemergian arwah nenek.. I'm so sad. Dialah satu-satunya nenek yang aku jumpa sepanjang hidup nie.. Nenek & atuk yang lain, aku tak sempat nak jumpa.. 1 Oktober nenek pergi tinggalkan kami.. Alhamdulillah mak yang jaga nenek. Tapi yang sedih, aku tak dapat nak jumpa nenek saat-saat terakhirnya sebab time tu aku kat Puncak Alam nie. Semoga roh nenek dicucuri Rahmat.. Al-Fatihah.

Sor far, study macam biasa je.. Last-last minit baru terkial-kial nak buat nota lah, nak hafal lah.. Mira.. sape tak kenal kan.. Subjects sem 4 nie dah lah "senang-senang" belaka.. Carry marks pon tak tinggi mana... Redha jela... Haa.. Jangan lupa kena buat VIVA untuk subjek Law.. Apa tu VIVA? Bukan kereta lah.. Tapi VIVA nie hanya students yang terpilih je kena hadapinya.. Aku lah salah seorangnya sebab carry marks rendah.. Hehe.. Mampuih nak mengingat akta-akta tu semua... Urm.. Semoga segalanya dipermudahkan... Insyaallah.. Amin...

HARI INI DALAM SEJARAH.. (28 Disember 2013)..
Aku menangis sampai bengkak mata nie. Ya ALLAH.. Hanya DIA jela yang tahu.. Sedih yang amat.. Muhammad Firdaus Bin Musa.. Saya sayang awak sangat-sangat.. Mata bengkak-bengkak pon sampai gak kat Setia City Mall tu kan.. hehe.. Orang lain dah pandang pelik je kan.. Ahh.. Ada aku kesah??  Okey.. Semuanya dah settle.. Dah tak payah nak menangis lagi.. Penat dah mata nie.. Buang yang keroh, ambil yang jernih.. I Love You so much abang..

Lastly, Wish me luck for final exam nie.. Berdebor rasanya.. Next sem dah sem 5... Fuhh.. Senior.. Huhuu.. Semoga tak ada paper yang kantoi... Amin.....

LOVE YOU ALL..

WASALAM... 

Friday 30 August 2013

Merepek Merapu

ASSALAMUALAIKUM..

Hai awak.. Tetiba terasa rajin plak nak menaip pepagi buta nie.. Eh pagi la nie.. Dah pukul 12.08 a.m.

Mata pun rasa tak mengantuk lgi. Padahal cuaca sejuk. Sedap je kalau tidur nie. Tapi kenapa ntah masih belum mengantuk lagi..

Okey. Sekarang nie member-menber UiTM sibuk dok usha jadual kelas memasing. Aku pun sama dok usha-usha jadual nie. Rasa macam ada sedikit tak puas hati.. HUHU.. Aku sejak dari semester 1 asyik tak puas hati je dengan jadual kelas aku nie. Sem-sem yang lepas lagi bengang.. Ada plak kelas lepas solat jumaat.. Time memasing dah penat & tengok member-member lain dah mula terbongkang kat bilik, time tu lah aku terkedek-kedek jalan menuju ke kelas.. Mood memang malas lah. Tapi Alhamdulillah, lecturer yang mengajar kelas aku time lepas solat jumaat tu semuanya baik-baik belaka. Mereka buat kelas pada hari lain, dyorang pun tak nak kelas jumaat petang.. huhu.

Sem depan adalah sem ke-4 aku. Rasa sekejap. Banyak benda yang nak kena fokus. 

Ehhh.. Biasanya awal-awal sem je berazam bagai nak rak, akhir sem nanti..... hancus.. huhu..

Selalunya macam nie, "awal sem : nak dapat a+.. akhir sem : lulus pun jadilah"..

Haa... Tu aku lah.. (tak perli sesiapa pun.. Mohon jangan terasa.. huhu)

Mood sekarang nie tengah malas.. Malas untuk semuanya. Malas nak pikir pape, malas nak kemas barang-barang, malas nak balik puncak alam tu, & MALAS!

Cepatlah wahai masa. Nak habiskan study nie cepat.. Pastu boleh kahwin.. Ehhh! Salah-salah... Kerja dulu... Baru kawen.. huhu... Gatal ea...

Pesanan dari penaja, " awak, tunggu saya taw.. Lagi berapa tahun je.. 6 tahun awak boleh tunggu saya, tak kan 2 or 3 tahun tak boleh tunggu.. Sabar taw" =)

Kadang-kadang bila tengok member sendiri dah tunang.. \Dah kawen.. Dah ada anak.. Rasa jeles.. Bukan jeles kat suami dia. Jeles lah yang dia dah lalui alam lain.. (Bukan alam bunian ke apa la.. ishhh...) Alam perkahwinan.. =)

Ehh... dah melalut masuk bab kawen plak.. dah-dah.. Lama lagi nak ke arah tu..

Sesuailah tajuk post nie "merepek, merapu".. Ntah pape jela yang aku taip nie..

Okey la der.. lain kali aku merapu lagi ye.. huhu..

WASALAM... =)




Tuesday 27 August 2013

Kisah raya yang tak berapa nak raya sangat..

ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN".

Banyak cerita yang nak dikongsikan, tapi setiap kali nak mengupdate blog nie, ada saje halangannya... (sebenarnya malas. huhu)..

Bukan apa, biaselah raya... kalau tak kita yang berjalan pergi rumah orang lain, mereka lah yang datang ke rumah kita.. Nama pun raya kan..

Dah penat memasak, melayan tetamu plak.. Selalu online pun guna nset je.. Tak dan nak on laptop nie..

Tahun nie dapat duit raya pun agak banyak gak la.. Lebih seratus gak la... Dah besar pun dapat duit raya kan?? huhu.. Tapi, kalau ikut trend family aku, selagi masih belajar dan still tak kerja lagi, mereka akan dapat duit raya jugak.. Tapi, tengok orang gak la.. Kadang-kadang tak dapat jugak.. hehehe.

Raya nie, bukan setakat makan kuih raya je.. Buah-buahan pun ada.. Rezeki.. Syukur Alhamdulillah musim buah-buahan time hari raya... (nasib baik tak demam).. Durian ada.. Manggis ada.. Rambutan ada...

DAN.........

Tibalah masanya untuk pulang ke Puncak Alam... Kena terima hakikat bahawa cuti makin siket...

Kalau nak di ikutkan jadual 9 September dah start kuliah.. Eleh, tapi nanti hari rabu or khamis barulah lecturer masuk. Tu pun introduce je...

Papepon, kena cekalkan hati, cergaskan minda.. Naik sem nie, dah sem 4.. Pehhh... sekejap je kan??

Senior-senior kata, (senior la sangat.. huhu) sem 4 nie mencabar. Okey.. kita wait & see je nanti... Mencabar or tak mencabar..

Okey... Sampai di sini je aku merepek...

Bye-bye..

Wasalam....

Wednesday 10 July 2013

RAMADHAN Datang Lagi!

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ya saudara saudari sekalian.

Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dan jumpa bulan Ramadhan lagi.

Ucaplah ALHAMDULILLAH. 

Kerana kita diberi peluang lagi untuk menikmati bulan yang mulia ini.

Hari nie hari pertama bulan Ramadhan.

Rasa macam ada benda yang tak lengkap.. Owh.. Saya berpuasa diperantauan.. hu3..Perantauan lah sangat kan..

Hati sebenanrnya meronta-ronta nak sambut puasa dirumah bersama family. Tapi apakan daya, ada 1 paper lagi untuk berjuang. Lagipun hari ahad/isnin dah boleh balik.

Bak kata Daus,"macam tak biasa je puasa first tak dengan family"..

Seingat saya, sebelum tahun nie, hari first puasa, saya puasa bersama family ea.. Nie baru first time tak puasa bersama mereka.. 

Dan kenapa dengan tiba-tiba teringat kembali kenangan-kenangan sewaktu di asrama semasa puasa. Mungkin saya rindu dengan suasana itu. Mungkin lah.. =)

Saya harap puasa kali ini, lebih baik dari yang sebelumnya..

Salam RAMADHAN dari saya sekeluarga..



Wasalam......

Sunday 10 March 2013

6 years with my dear.. =)

ASSALAMUALAIKUM.

9 MAC 2013

Tarikh bersejarah bagi aku dan dia.

6 tahun sudah kami kenal..

So far, ALHAMDULILLAH.. Kami tak banyak masalah. 

Aku as a student. Dia sudah bekerja. So, dunia kami berbeza.. Masing-masing faham dengan keadaan nie.

Dia selalu membebel kat aku. Mengalahkan mak aku je... huhu.. *oppsss.. sorry ye.. hu3.

Semuanya untuk kebaikan aku. So, nak tak nak dengar jela.. Buat belum tentu.. huhu..

Okey.

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUSA

Sayang awak sangat-sangat.

Semoga apa yang kita angan-angankan menjadi kenyataan..

Thanks sebab hadir dalam hidup saya, menceriakan lagi hari-hari saya..

Bagi semangat pada saya.

LOVE you so much..!



Aiskrim Belanda

ASSALAMUALAIKUM..

Hai semua..

Sekarang I dah start memulakan semester yang baru. semester ke-3.. ( gedik nak ber "I" plak.. huhu )

So, tamatlah cuti di rumah.. Agak sedih la kan sebab terpisah dengan mak & ayah. *Dah macam budak-budak pulak la kan. huhu.. Peduli lah apa orang nak kata, yang sedih aku, bukan korang. Kankankan??

Haa... Mesti ada yang tertanya-tanya kan sepanjang cuti tu aku buat apa.

Tak kan la MAKAN, TIDUR, MAKAN, TIDUR, MAKAN, TIDUR jerk..

Ada yang kena BEBEL + BANTAI dengan mak nanti..

Sebenarnya aku ada buat bisness kecil-kecilan. Aku berniaga "ice blended". Haa, tak taw apa tu??
Okey meh aku tunjukkan.

                             
*okey nie aku guna khidmat pakcik google untuk cari gambar nie*

ALHAMDULILLAH. Dapat sambutan yang baik.. Tak perlu jual kat pasar or mana-mana. Aku just jual kat rumah je.. Senang dapat elektrik.

Mula-mula nak memperkenalkan kat orang lain tu, aku tak ada idea. Sampailah aku suruh budak kecik nie bagitaw kat kawan-kawan sekolah dia. Memang target aku untuk budak-budak je. So, makin lama, makin ramai yang tahu. Satu kampung dah taw.

*nie la amri yang tolong aku bagitaw kat kawan-kawan dia*

Okey.. Petang je ada lah budak-budak yang datang nak beli. Sampaikan waktu tidur aku terganggu. Rasa macam nak buat-buat tidur dan tak dengar je. Sebab malas nak layan.. HAHA. Tapi, manalah boleh. Nak cari rezeki kan. Kenalah berkorban siket.

Hari-hari sepupu aku nie datang rumah. Maklumlah rumah dekat. Dialah kadang-kadang yang menolong aku. Tolong kacau.. HUHU. Setiap kali aku buat, mesti dia cakap macam nie, "kak, buat lebih siket. aku nak". Haha.. Amri. Amri.

Ada satu petang tu, kebetulan aku baru bangun tidur. So, macam mamai-mamai lah. Ada seorang budak nie. (Aku kenal budak-budak kampung nie.). Aku tanya nak apa. Sebab mak aku ada jual ice cream malaysi gak. Ala yang 20 sen tu. Pastu dia kata, "nak beli AISKRIM BELANDA".. Aku tanya, "nak perisa apa?".
Dia jawab, "nak perisa cokelat". Baru aku tahu yang dia sebenarnya nak "ICE BLENDED". Time tu aku menahan ketawa. Yela, takkan nak ketawa depan budak tu kan. Kan nanti dia malu la.. So, sambil buat tu, aku pon tersengih-sengih.. haha...

Sekarang, aku dah balik puncak alam nie, mak pulak yang sambung buat. Takkan nak tetiba berhenti plak kan. Kan ada yang menangis sebab tak dapat minum ice blended pulak nanti. huhu..

Papepon, pengalaman yang menarik. Dan ianya boleh dikembangkan lagi..

Thankz to my MOM & DAD coz support me.. =)

okey.

Jumpa di lain entry..

Bye.

Wasalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...