nama

background

salji & bunga

amirah firdaus


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, 10 March 2013

Aiskrim Belanda

ASSALAMUALAIKUM..

Hai semua..

Sekarang I dah start memulakan semester yang baru. semester ke-3.. ( gedik nak ber "I" plak.. huhu )

So, tamatlah cuti di rumah.. Agak sedih la kan sebab terpisah dengan mak & ayah. *Dah macam budak-budak pulak la kan. huhu.. Peduli lah apa orang nak kata, yang sedih aku, bukan korang. Kankankan??

Haa... Mesti ada yang tertanya-tanya kan sepanjang cuti tu aku buat apa.

Tak kan la MAKAN, TIDUR, MAKAN, TIDUR, MAKAN, TIDUR jerk..

Ada yang kena BEBEL + BANTAI dengan mak nanti..

Sebenarnya aku ada buat bisness kecil-kecilan. Aku berniaga "ice blended". Haa, tak taw apa tu??
Okey meh aku tunjukkan.

                             
*okey nie aku guna khidmat pakcik google untuk cari gambar nie*

ALHAMDULILLAH. Dapat sambutan yang baik.. Tak perlu jual kat pasar or mana-mana. Aku just jual kat rumah je.. Senang dapat elektrik.

Mula-mula nak memperkenalkan kat orang lain tu, aku tak ada idea. Sampailah aku suruh budak kecik nie bagitaw kat kawan-kawan sekolah dia. Memang target aku untuk budak-budak je. So, makin lama, makin ramai yang tahu. Satu kampung dah taw.

*nie la amri yang tolong aku bagitaw kat kawan-kawan dia*

Okey.. Petang je ada lah budak-budak yang datang nak beli. Sampaikan waktu tidur aku terganggu. Rasa macam nak buat-buat tidur dan tak dengar je. Sebab malas nak layan.. HAHA. Tapi, manalah boleh. Nak cari rezeki kan. Kenalah berkorban siket.

Hari-hari sepupu aku nie datang rumah. Maklumlah rumah dekat. Dialah kadang-kadang yang menolong aku. Tolong kacau.. HUHU. Setiap kali aku buat, mesti dia cakap macam nie, "kak, buat lebih siket. aku nak". Haha.. Amri. Amri.

Ada satu petang tu, kebetulan aku baru bangun tidur. So, macam mamai-mamai lah. Ada seorang budak nie. (Aku kenal budak-budak kampung nie.). Aku tanya nak apa. Sebab mak aku ada jual ice cream malaysi gak. Ala yang 20 sen tu. Pastu dia kata, "nak beli AISKRIM BELANDA".. Aku tanya, "nak perisa apa?".
Dia jawab, "nak perisa cokelat". Baru aku tahu yang dia sebenarnya nak "ICE BLENDED". Time tu aku menahan ketawa. Yela, takkan nak ketawa depan budak tu kan. Kan nanti dia malu la.. So, sambil buat tu, aku pon tersengih-sengih.. haha...

Sekarang, aku dah balik puncak alam nie, mak pulak yang sambung buat. Takkan nak tetiba berhenti plak kan. Kan ada yang menangis sebab tak dapat minum ice blended pulak nanti. huhu..

Papepon, pengalaman yang menarik. Dan ianya boleh dikembangkan lagi..

Thankz to my MOM & DAD coz support me.. =)

okey.

Jumpa di lain entry..

Bye.

Wasalam.


Friday, 22 February 2013

tak PUAS ke??

ASSALAMUALAIKUM..

Ffffuuuuuhhhhhh... ffuuhhh... fuhhhhh....

Buang habuk kat blog nie... berhabuk dek kerana tak mengupdate..

Hai... (sambil melambai-lambai tangan). Apa perkembangan?? Haa, dah tunang? dah kahwin?? ALHAMDULILLAH.. =)

Tunang or kahwin tak ada kena mengena dengan tajuk entri nie ea.. huhu... *sesaje je..

Apa yang TAK PUAS nie??

Cuti sem nie haa... kejap je rasanya. Lagi seminggu je dah nak kena balik Puncak Alam semula... Rasa tak puas lagi. Nak cuti lagi.. (bajet macam uitm tu bapak aku yang punya je. boleh nak request2 bagai.. haha)

Dan rasa tak percaya bila nak melangkah ke semester yang ke-3.. kau percaya tak?? Seriously, masa berjalan begitu pantas! 

Dah setahun duduk kat Puncak Alam yang terlindung disebalik hutan & bukit-bukit. Yang line henset or wifi or broadband laju tak terkata. Bas rapid KL yang penuh dengan penumpang.. Bas rengit yang sekejap wujud, sekejap tak.. Wujudnya bonggol2 yang tinggi di jalanraya.. huh !! 

Ehhhh,, kenapa cerita pasal keunikkan tempat tu?

Okey2.. Abaikan je ea kalau dah terbaca tu...

Sekarang, apa yang aku tunggu ialah tarikh duit PT keluar.. Ish.. macam tunggu apa jela.. Poket kering hoi.. walaupon cuti nie aku menceburi bisnez, tapi duit bisnez untuk keperluan lain.. Bisnez apa?? Nantilah aku cerita ye..

Belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan terima kasih pada mak & ayah, lecture2 dan kengkawan kerana banyak membantu.. Syukur ALHAMDULILLAH result semester ke-2 meningkat berbanding semester pertama. walaupun pointer untuk tersenarai menjadi dekan tu tinggi lagi, tapi aku tetap bersyukur... apa yang kita usahakan, itu lah yang kita dapat. =)  

Rasanya stop dulu kat sini.. nanti lain masa kita jumpa lagi..

WASALAM... 


Wednesday, 26 December 2012

cuti study week

ASSALAMUALAIKUM.

Sekarang aku tengah cuti study week. Masa untuk melapangkan otak yang dah serabut. Serabut dengan macam-macam perkara.

Nak tahu tak? Aritu time aku nak balik kampung, punyalah berlagak tak nak beli tiket awal. Sekali aku pergi kat Klang Central tu, tiket balik ke jb semua dah habis. Punyalah sedih hati nie. Nasib ada abang tiket tu tolong aku. Dia pergi carikan aku tempat duduk. Aku tak kesah dah dapat duduk kat mana-mana, yang penting aku balik haritu jugak. Pergh! tiket tak nak mahal plak kan. Taw berapa? RM40! Nie mesti kes masuk poket sendiri. Argh.. tu aku tak kesah.. Aku halal kan jela..

Okey. Sekarang dah ada kat rumah. Senang je hati nie.. Mana tak nyer. MAKAN + TIDUR je. Lagi-lagi sekarang nie tengah musim hujan kan.. Sedap lah aku beradu atas tilam yang empuk tu. hu3..

NOTA? BUKU?

Apa benda tu?? haha. (ayat mintak penampar)

Pihak universiti bagi cuti nie untuk buat ulangkaji.. Tapi, yang aku nie langsung tak ulangkaji. Lagi-lagi dah duduk kat rumah AYAH + EMAK.. Nasib baik start final 8hb januari 2013. So, macam lama lagi la bagi aku la.. INSYAALLAH sempat aku nak ulangkaji nanti. =)

Buat masa nie, aku tak taw lagi nak balik ke Puncak Alam hari ape, berapa haribulan.. Sebab dah sedap duduk rumah.. huhu.

Ucapan khas buat kawan-kawan semua ;

" GOOD LUCK. DO THE BEST. HOPEFULLY TERSENARAI DALAM DEKAN"




p/s : awak, please jangan buat saya macam nie. kusut taw tak!!!


Monday, 3 December 2012

Lama dah tak mengupdate blog

ASSALAMUALAIKUM..

Hai readers-readers sekalian...

Nampaknya sem ke-2 nie tak menyempat langsung aku mengudpate blog nie kan..

Lama sangat tak meluahkan rasa hati, share cerita, tanya pendapat.. URMMMM..

Banyak peristiwa dah berlaku..

Gembira, sedih, sakit hati, stress... *eh pesal banyak yang ke arah negatif nie...?

NURUL AMIRAH BINTI JAIMEN.

Awak kena sedar, yang awak tu seorang pelajar universiti...

Bukannya pelajar tadika lagi yang tak taw apa-apa tu..

Sedar la siket !!

Umur dah 21 tahun.. *please wish for me.. 24 nov.. hu3

Awak kena kuat, tabah, cekal hadapi semua nie..

Nie lah dugaan untuk awak, mira..

 Balas balik jasa ayah & emak yang kat kampung tu..

Apa sahaja permintaan awak, mereka bagi.

Tak cukupkah semua tu??


**************************************************************

Sekarang, ayah tengah tak sihat..

Aku risau sangat2..

Hopefully ayah cepat sihat..

********************************************* 


*mereka adalah semangat aku!! *


Saturday, 4 August 2012

nothing

ASSALAMUALAIKUM.. 

Salam Ramadhan..

ALHAMDULILLAH.. dah hari yang ke-15 kita berpuasa kan.. Pejam celik pejam celik dah nak raya.. =)

Aku dapat merasakan raya tahun nie tak semeriah macam tahun-tahun sebelum nie.. Bukan kerana aku dah besar or aku bukan di zaman kanak-kanak lagi.. TAPI.... hurm... 
biarla rahsia... (cewah nak nyanyi lagi siti bagai.. hu3)
 
Aku taw, aku jahat.. (ada tak orang jahat ngaku dia jahat..aku je berani ngaku.. huhu)

Tapi, sejahat-jahat aku, dalam hati ada taman wei... Arghhhh.. Apa dah aku mengarut nie.

Puasa nie, banyak menguji aku.. Tak ape.. aku terima semuanya, walaupon hati nie sakit, terluka, parah, cedera... haa... amik kau, semua ada.. hu3...

Aku nak cerita ape je nie?? urm.. nie la akibat kalau hati kacau bilau, otak mereng, tangan dok taip yang merapu-rapu... Maaf la ye.. Kalau korang baca entry nie just nothing..

lalalalalalalalalalalalalalalala...

See... kesengalan terserlah... 

Arghh.. peduli ape aku.. Blog aku, bukan blog kau... Ada aku kesah?? :p

OK2... Stop merapu-rapu.. 

* Nie aku nak bagitau, aku sekarang nie, baru menceburi dunia TWITTER. Tapi masih mentah dalam social network tu.. 

Ok la guys.. Take care yourself.. =)

Wasalam..



 

Sunday, 22 July 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa .. =)

ASSALAMUALAIKUM..

Hai readers sekalian...

MUHARAM, SAFAR, RABIUL AWAL, RABIUL AKHIR, JAMADIL AWAL, JAMADIL AKHIR, REJAB, SYAABAN, RAMADHAN, SYAWAL, ZULKAEDAH, ZULHIJAH..

ALHAMDULILLAH..

Kita dah masuk bulan yang ke sembilan dalam kalender ISLAM.. Bulan ape?? Bulan yang di tunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh pelusuk bumi..

BULAN RAMADHAN KAREEM.. =)

Bersyukur sangat sebab dapat berjumpa dengan bulan RAMADHAN tahun nie..

Bulan nie so SPECIAL compare bulan-bulan lain..

Sebab ape???

1) Dapat puasa selama sebulan, kalau bulan-bulan lain paling tak pun puasa hari isnin & khamis je..

2) Boleh sembahyang terawih. Bulan-bulan lain mana ada sembahyang terawih.. Setahun sekali je taw.. Rugi la pada siapa-siapa yang tak buat sembahyang terawih nie.

3) Ada malam lailatul qadar.. Satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.. Dimana semua amalan kita diterima sama ada taubat, doa, sembahyang dan sebagainya.. Tapi malam lailatul qadar nie adalah rahsia ALLAH.. Kita tak tahu bila.. Cuma yang kita tahu sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan (bilangan hari yang ganjil). 

4) Time nie la berlumba-lumba nak khatam Al-Quran. Dulu time kat asrama, kitaorang dibahagikan dalam kumpulan.. Setiap kumpulan kena habiskan semua surah, kira kena khatamkan la..

5) Ada bazar ramadhan.. Haa yang nie bulan lain pon tak ada kan.. Kalau bulan lain tu, di kira pasar malam je.. bukan bazar, ok..

Nie lah 5 sebab kenapa Bulan RAMADHAN so special..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA semua..

Semoga RAMADHAN tahun nie lebih baik dari RAMADHAN tahun lepas.. =)


*INGAT ! RAMADHAN bukan pesta JUADAH tetapi pesta IBADAH*

Wasalam.. =)

Thursday, 12 July 2012

Salah Ker??

ASSALAMUALAIKUM...

Hari nie mood tak okey sangat..

Dengan kepala serabut dengan akaun & law..

Saket kepala lak tu.. Sabar jela...

Tu nama nyer Allah sayang kita kan??

Okey.. Just lagi berapa hari je lagi nak balik rumah..

"kau" cari pasal dengan aku lagi..

Hei.. aku jenis yang tak suka marah-marah orang..

lantak kau la.. 

Beb.. salah ke aku nak study dengan kawan-kawan sekelas aku??

Salah ke aku study kat bilik study..??

Salah ke aku tak study dalam bilik aku or dalam rumah??

SALAH KE???

aku dah penat la nak layan ragam kau..

Tolonglah... jangan nak "CARE" sangat pasal aku..

Bukan aku tak hargai cara kau "CARE" kat aku..

Tapi.. bukan camni caranyer..

Aku ada life aku sendiri..

Bukan life aku dengan "kau" je..

Aku pon tak kisah kau nak kawan dengan sape-sape..

Aku tak halang..

Sebab tu hak masing-masing kan...

Jangan nak pertikaikan dengan siapa aku berkawan..

Itu HAK aku.. Ikut suka aku lah.. 

Nak kawan dengan budak lelaki ke budak pempuan ke..

Asalkan aku jaga batas pergaulan aku..

Aku taw la mana DOSA & mana PAHALA..
 
STOP la wei... CUKUP la...

Jangan buat aku tak suka pada "kau".

Okey.. Semoga kau bahagia...

Wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...