nama

background

salji & bunga

amirah firdaus


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 16 August 2011

Tanda-Tanda Hari Raya Semakin Dekat


ASSALAMUALAIKUM

/hihi



Wah... lagi berapa hari je lagi kita semua umat islam nak menyambut HARI RAYA AIDILFITRI.. =)

Tanda-tanda HARI RAYA semakin dekat :::

1.  solat tarawikh yang pada awal ramadhan 7 or 8 saf, kini menjadi 2 or 3 saf.. lebih kesian bila tinggal 1 saf sahaja...

2.  time nie la dengar bunyi bom.. eh.. bom ke?? bukan2.. bunyi mercun2 or bunyi meriam.. selalu di kampung lagi meriah bunyi nyer berbanding di bandar.. di bandar ada meriam tak??

3.  cuba pergi pasar or supermarket or tesco or giant or pacific and so on la.. mesti ramai orang kat sana.. sebab ape?? sebab beli keperluan nak raya la... beli baju raya, beli kuih raya, beli kasut raya. beli hand bag raya, beli tudung raya ,beli langsir raya & banyak lagi la kalau nak di listkan..hu3

4.  bila emak dah suruh bukak langsir & basuh langsir tu... 
nak pasang langsir baru ea mak?? (padahal langsir lama.. baru basuh je)..

5. bila ayah dah start buat kuih.. ayah buat kuih?? yes la.. my dad buat kuih.. kuih apa eak?? popia la.. tradisi dari zaman ke zaman... tak lengkap kalau raya tanpa popia berinti udang kering 100%... =)

6.  bila baju yang emak ambil upah hampir siap... hampir 80% sudah siap... dah kosong dah aku tengok almari baju tu..

7.  bila posmen dah hantar kad raya... tapi aku masih belum dapat kad raya.. (padahal diri sendiri pon tak bagi orang lain..)

8.  bila mak dah ke dapur untuk buat kuih raya... ntah pe la kuih raya tahun nie yang mak nak buat..

9.  bila berbuka, kitaorang sekeluarga tak masak banyak2.. sebab ada orang "ngunjung".. (bagi2 makanan) 

10.  bila kami sekeluarga masak2 untuk di berikan kepada jiran2 & sedara mara yang terdekat dengan rumah..
kebiasaannyer kami bagi awal sebelum hari raya..



haa... itulah tanda-tanda HARI RAYA dah nak dekat bagi aku... tak taw la plak bagi korang kan... setiap orangkan berbeza pandangan..=)

okey lah..

sehingga berjumpa di lain entry...

/bye

wasalam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...