nama

background

salji & bunga

amirah firdaus


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, 8 February 2012

bantal bucuk baru.. (^,^)

ASALAMUALAIKUM...

Hai semua..

Nie aku nk cerita ni... 

Ha isnin bersamaan 6 feb 2012.. Aku keluar date with 'my cik abang'. 

Temankan dia beli hadiah kawin untuk kakak kawan dia.. Then, pusing - pusing Kluang Mall..


 'Cik abang' aku beli kan bantal bucuk untuk aku..

Nie dia..


Comey kan??

Korang ada? Tak ada kan.. hu3

P/S : bawak bantal bucuk pergi uitm... =)

Wasalam..

Friday, 3 February 2012

blur.. pikirkan masa depan...

ASSALAMUALAIKUM...

Hai apa khabar semua.. Harap semua sihat-sihat ye...

Sekarang aku tengah blur.....

Tak tahu nak choice u yang mana.

Semalam result UiTM keluar...



Alhamdulillah aku dapat UiTM Kampus Puncak Alam..

Kos yang UiTM bagi kat aku "Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (pengangkutan).

Nak pergi ke tak nak eak??

Aku pon tak taw lah..

Guru kaunseling aku suruh pergi UiTM nie.. 

Sebab kos Multimedia yang aku dapat kat UPSI tu bukan pendidikan punya.. Senang cakap bukan jadi cikgu lah..

Kalau nak bandingkan masa, UiTM 3 tahun je.. UPSI 4 tahun.. Padahal 2 2 kos nie bukan pendidikan..

Urm.. Papepon, aku kena wat solat istikharah..

Allah saje yang tahu ape yang terbaik untuk diri kita.. =)

Doakan aku dapat temui jawapan nyer ea kawan-kawan..

Bubye..

Wasalam.

Monday, 30 January 2012

UPSI... i"m coming !!!

ASSALAMUALAIKUM...

Wah.. malam- malam buta masih lagi on9 sambil dengar suria fm.. TERBAAAIIIIKKK lah. hu3..

Happy semacam je hari nie.. kenapa dah dengan aku nie?

Mesti lah aku happy.. 

Aku dapat tawaran UPSI.. =)



Syukur alhamdulillah.. Tak sia-sia aku menanti selama setahun & beberapa bulan nie..

Berkat kesabaran & sentiasa memohon pada ALLAH..

Akhir nya impian aku tercapai juga untuk menjejakkan kaki di universiti..

Walaupun kos yang aku dapat nie lari jauh dengan bidang yang aku belajar dulu..

Mana tak nyer.. Cuba korang fikir ea.. 

Dulu aku belajar time form 4 & 5 bidang sains + agama.. Masuk form 6 bidang perniagaan + agama.. Then, kat UPSI dapat kos multimedia..

Jauh terpesong..

Tapi tak ape.. Nie baru nama nyer menimba ilmu kan..

Seronok sangat bila tengok muka mak & ayah aku tadi bila aku cakap aku dapat UPSI..

Gembira tak terkata..

Terima kasih ya ALLAH... 

Kerana beri aku peluang untuk aku memajukan diri..

Cik abang saya pon turut gembira.. huhu..

okey... Stop di sini dulu... dah lewat malam nie..

bye2..

Wasalam..

    P/S : NAK TUKAR NSET BARU... TAW-TAW... (harap2 ayah / cik abang taw.. tak nak bgtaw depan2..segan nak mintak-mintak nie.. ^,^)

Friday, 20 January 2012

ayuh kita solat dhuha !

ASSALAMUALAIKUM..

Hai readers.. Selamat petang.. =)

Hari nie nak share pasal solat sunat DHUHA..




Solat DHUHA nie hukum nyer sunat muakkad, sunat yang sangat dituntut dalam ISLAM.

Waktu untuk melakukan solat sunat DHUHA ini ialah ketika matahari naik sehingga sebelum masuk nya waktu zohor..

Lebih senang di fahami antara pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari.

Solat sunat DHUHA nie boleh di buat 2, 4, 6, 8,10 atau 12 rakaat. (mengikut kemampuan masing-masing).

Doa yang boleh di amalkan selepas melakukan solat sunat DHUHA ialah :


Maksudnya: 

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Rasulullah bersabda :"solat DHUHA itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara solat DHUHA kecuali hanya orang-orang yang bertaubat"

AYUH !!!

Kita bersama-sama meningkatkan amalan kita.. Untuk di bawa bekalan ke akhirat..

Pesanan untuk diri sendiri juga  (^,^)...

AMAL yang sedikit dan ISTIQOMAH (berterusan) adalah LEBIH BAIK dari amal yang BANYAK tetapi JARANG-JARANG. =)

WASALAM..

tahniah kawan.. !!

ASSALAMUALAIKUM...

Hai semua.. Harap semua sihat - sihat je ea..


Firstly, aku nak ucap tahniah kat kawan aku, (atiqa) yang akan bernikah hujung minggu nie.. 


"Aku doakan semoga hubungan kau & dia kekal hingga akhir hayat.. Cepat-cepat la dapat baby.. =)"

Rasa nyer baru semalam bual-bual dengan kau kat dorm.. 

Ketawa-ketawa, share problem..

Rupa-rupa nyer tu kenangan dulu semasa sekolah menengah..

Dan tak lama lagi, kau dah nak jadi isteri orang pulak..

Besar tanggungjawab kau tu...



*secebis kenangan bersama kau di zaman persekolahan.


Sungguh aku tak percaya yang umur aku sekarang dah 21 tahun... 

Dah layak kawin ea???

Haha.. Macam tak ada soalan lain je kan...

KAWIN....KAWIN.....KAWIN......

Serious, aku memang lah nak kawin..

Tapi bukan dalam masa terdekat nie...

Tunggu lah dalam 5 or 6 tahun lagi..

Insyaallah.. 

Papepon.. Aku happy sangat2.. Lepas nie turn sape plak ye??

Tunggu je la ea.. =)

Ok lah.. Nie je yang aku nak taip..

Bye2..

Wasalam..


Friday, 6 January 2012

tak ada kerja, cari kerja.. =)

ASSALAMUALAIKUM..

Urm.. Agak lama kan aku tak mengupdate blog nie...

Banyak benda yang berlaku sepanjang aku tak mengupdate..

Aku ringkaskan je ea :

1. Pada 17/12/2011 pergi interview di UITM Shah Alam untuk kos Ijazah Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional)..

2. Pada 22/12/2011 pergi I-City Shah Alam with my family..

3. Pada 31/12/2011 pergi interview di UPSI Tanjung Malim, Perak untuk kos Ijazah Sarjana Muda Multimedia..

Tiga minggu tidak berada di rumah @ Kampung Chamek, Kluang.. Aku merantau sekejap.. hu3..

Thankz kepada sepupu - sepupuku & makcik pakcikku kerana telah menumpamgkan aku di rumah mereka..

Sekejap aku berada di Puncak Alam..

Sekejap aku berada di Kuarters Universiti Malaya (UM)..

Sekejap aku berada di Ulu Yam Bahru..

Wah.. Memang seronok la.. =)

Okey.. Itu cerita sepanjang 3 minggu yang lepas..

Sekarang sudah berada kat rumah..

Tiba-tiba terasa nak pakai baju kelas adik..

Adik belajar di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ambil kos Kulinari @ masakan..

9 Januari nie dia da start praktikal kat hotel di Ayer Keroh, Melaka..

So, tengah dia sibuk-sibuk mengemas barang-barang dia, aku sempat mengetry baju dia.. hu3..

Nie lah hasil nyer.. 







Ada tak ciri-ciri pemenang Master Chef Malaysia??

HUHU..

Ada hati konon... =)

okey lah.. setakat nie je aku nak kongsi..

nanti lain kali, kita jumpa lagi yerk..

bye2..

wasalam...

Saturday, 3 December 2011

niat ikhlas ~

ASSALAMUALAIKUM

Hai readers.. =)

Just nak share ape yang aku dapat time aku bace novel CONTENGAN JALANAN by HLOVATE..

"ikhlas itu bukan kita yang ukur, itu biar ALLAH yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amal ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana itulah tanda kita riak dengan ALLAH sebenarnya"

Banyak lagi ayat - ayat yang menarik dalam novel nie, tapi yang nie betul - betul menyentap hati sanubari aku.. =)

P/S : mana yang belum baca novel nie.. Sila dapat kan di pasaran. Tak rugi membeli nyer.. 

That's all.

Wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...