nama

background

salji & bunga

amirah firdaus


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, 14 March 2014

BULAN MAC DAN PERKARA YANG BERLAKU

ASSALAMUALAIKUM...

3 Mac bermula lah semester baru untuk sem 5... Tahun akhir sudah.. Cepat je kan masa berlalu. Tapi aku masuk kelas esoknya. Nampak tak yang aku memang malas nak nak balik Puncak Alam nie.. huhu

Okey. 9 Mac, genaplah 7 tahun perkenalan aku & dia.. Rasa macam baru kenal je kan.. Rasa macam baru je first time mesej.. huhu.. Kalau nak ingat kembali detik-detik awal dulu, memang geram je kan.. Haritu aku jumpa 'kawan' yang memperkenalkan aku & dia.. Thanks so much "kudut". 

Dia, Muhammad Firdaus Bin Musa.

I Love You so much abang.

Semoga hubungan kami kekal hingga ke alam perkahwinan & seterusnya bahagia hingga selama-lamanya.

Sekarang ini isu MH370.. Menunggu & terus menunggu khabar berita tentang kapal terbang tu. Kesian ahli keluarga. Kalau aku kat tempat dyorang pon, aku rasa sedih sangat.. Kita sebagai manusia & orang Islam, hanya mampu berdoa. Memohon pertunjuk & pertolongan dari ALLAH..

Tak lupa jugak isu kemarau, catu air dan jerebu.. Ya ALLAH, kau sedang menguji kami.. Kami terima ujianMU ini Ya ALLAH.. Apalah kiranya kau memberikan hujan kepada kami.. Aku percaya, setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Wasalam..


Sunday, 29 December 2013

Semester 4

ASSALAMUALAIKUM...

Fuuuhhh.. Fffffuuuhhh...

Berhabuk blog nie kan.. Last update time cuti sebelum masuk semester 4.. Nie nak updata yang baru time minggu study week plak.. Amboi.. Kemain busy cik kak kita nie.

Okey.. Macam2 berlaku semester 4 nie.. Dari 9 september sampailah sekarang 29 disember..

First yang aku takkan lupa ialah pemergian arwah nenek.. I'm so sad. Dialah satu-satunya nenek yang aku jumpa sepanjang hidup nie.. Nenek & atuk yang lain, aku tak sempat nak jumpa.. 1 Oktober nenek pergi tinggalkan kami.. Alhamdulillah mak yang jaga nenek. Tapi yang sedih, aku tak dapat nak jumpa nenek saat-saat terakhirnya sebab time tu aku kat Puncak Alam nie. Semoga roh nenek dicucuri Rahmat.. Al-Fatihah.

Sor far, study macam biasa je.. Last-last minit baru terkial-kial nak buat nota lah, nak hafal lah.. Mira.. sape tak kenal kan.. Subjects sem 4 nie dah lah "senang-senang" belaka.. Carry marks pon tak tinggi mana... Redha jela... Haa.. Jangan lupa kena buat VIVA untuk subjek Law.. Apa tu VIVA? Bukan kereta lah.. Tapi VIVA nie hanya students yang terpilih je kena hadapinya.. Aku lah salah seorangnya sebab carry marks rendah.. Hehe.. Mampuih nak mengingat akta-akta tu semua... Urm.. Semoga segalanya dipermudahkan... Insyaallah.. Amin...

HARI INI DALAM SEJARAH.. (28 Disember 2013)..
Aku menangis sampai bengkak mata nie. Ya ALLAH.. Hanya DIA jela yang tahu.. Sedih yang amat.. Muhammad Firdaus Bin Musa.. Saya sayang awak sangat-sangat.. Mata bengkak-bengkak pon sampai gak kat Setia City Mall tu kan.. hehe.. Orang lain dah pandang pelik je kan.. Ahh.. Ada aku kesah??  Okey.. Semuanya dah settle.. Dah tak payah nak menangis lagi.. Penat dah mata nie.. Buang yang keroh, ambil yang jernih.. I Love You so much abang..

Lastly, Wish me luck for final exam nie.. Berdebor rasanya.. Next sem dah sem 5... Fuhh.. Senior.. Huhuu.. Semoga tak ada paper yang kantoi... Amin.....

LOVE YOU ALL..

WASALAM... 

Friday, 30 August 2013

Merepek Merapu

ASSALAMUALAIKUM..

Hai awak.. Tetiba terasa rajin plak nak menaip pepagi buta nie.. Eh pagi la nie.. Dah pukul 12.08 a.m.

Mata pun rasa tak mengantuk lgi. Padahal cuaca sejuk. Sedap je kalau tidur nie. Tapi kenapa ntah masih belum mengantuk lagi..

Okey. Sekarang nie member-menber UiTM sibuk dok usha jadual kelas memasing. Aku pun sama dok usha-usha jadual nie. Rasa macam ada sedikit tak puas hati.. HUHU.. Aku sejak dari semester 1 asyik tak puas hati je dengan jadual kelas aku nie. Sem-sem yang lepas lagi bengang.. Ada plak kelas lepas solat jumaat.. Time memasing dah penat & tengok member-member lain dah mula terbongkang kat bilik, time tu lah aku terkedek-kedek jalan menuju ke kelas.. Mood memang malas lah. Tapi Alhamdulillah, lecturer yang mengajar kelas aku time lepas solat jumaat tu semuanya baik-baik belaka. Mereka buat kelas pada hari lain, dyorang pun tak nak kelas jumaat petang.. huhu.

Sem depan adalah sem ke-4 aku. Rasa sekejap. Banyak benda yang nak kena fokus. 

Ehhh.. Biasanya awal-awal sem je berazam bagai nak rak, akhir sem nanti..... hancus.. huhu..

Selalunya macam nie, "awal sem : nak dapat a+.. akhir sem : lulus pun jadilah"..

Haa... Tu aku lah.. (tak perli sesiapa pun.. Mohon jangan terasa.. huhu)

Mood sekarang nie tengah malas.. Malas untuk semuanya. Malas nak pikir pape, malas nak kemas barang-barang, malas nak balik puncak alam tu, & MALAS!

Cepatlah wahai masa. Nak habiskan study nie cepat.. Pastu boleh kahwin.. Ehhh! Salah-salah... Kerja dulu... Baru kawen.. huhu... Gatal ea...

Pesanan dari penaja, " awak, tunggu saya taw.. Lagi berapa tahun je.. 6 tahun awak boleh tunggu saya, tak kan 2 or 3 tahun tak boleh tunggu.. Sabar taw" =)

Kadang-kadang bila tengok member sendiri dah tunang.. \Dah kawen.. Dah ada anak.. Rasa jeles.. Bukan jeles kat suami dia. Jeles lah yang dia dah lalui alam lain.. (Bukan alam bunian ke apa la.. ishhh...) Alam perkahwinan.. =)

Ehh... dah melalut masuk bab kawen plak.. dah-dah.. Lama lagi nak ke arah tu..

Sesuailah tajuk post nie "merepek, merapu".. Ntah pape jela yang aku taip nie..

Okey la der.. lain kali aku merapu lagi ye.. huhu..

WASALAM... =)




Tuesday, 27 August 2013

Kisah raya yang tak berapa nak raya sangat..

ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN".

Banyak cerita yang nak dikongsikan, tapi setiap kali nak mengupdate blog nie, ada saje halangannya... (sebenarnya malas. huhu)..

Bukan apa, biaselah raya... kalau tak kita yang berjalan pergi rumah orang lain, mereka lah yang datang ke rumah kita.. Nama pun raya kan..

Dah penat memasak, melayan tetamu plak.. Selalu online pun guna nset je.. Tak dan nak on laptop nie..

Tahun nie dapat duit raya pun agak banyak gak la.. Lebih seratus gak la... Dah besar pun dapat duit raya kan?? huhu.. Tapi, kalau ikut trend family aku, selagi masih belajar dan still tak kerja lagi, mereka akan dapat duit raya jugak.. Tapi, tengok orang gak la.. Kadang-kadang tak dapat jugak.. hehehe.

Raya nie, bukan setakat makan kuih raya je.. Buah-buahan pun ada.. Rezeki.. Syukur Alhamdulillah musim buah-buahan time hari raya... (nasib baik tak demam).. Durian ada.. Manggis ada.. Rambutan ada...

DAN.........

Tibalah masanya untuk pulang ke Puncak Alam... Kena terima hakikat bahawa cuti makin siket...

Kalau nak di ikutkan jadual 9 September dah start kuliah.. Eleh, tapi nanti hari rabu or khamis barulah lecturer masuk. Tu pun introduce je...

Papepon, kena cekalkan hati, cergaskan minda.. Naik sem nie, dah sem 4.. Pehhh... sekejap je kan??

Senior-senior kata, (senior la sangat.. huhu) sem 4 nie mencabar. Okey.. kita wait & see je nanti... Mencabar or tak mencabar..

Okey... Sampai di sini je aku merepek...

Bye-bye..

Wasalam....

Wednesday, 10 July 2013

RAMADHAN Datang Lagi!

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ya saudara saudari sekalian.

Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dan jumpa bulan Ramadhan lagi.

Ucaplah ALHAMDULILLAH. 

Kerana kita diberi peluang lagi untuk menikmati bulan yang mulia ini.

Hari nie hari pertama bulan Ramadhan.

Rasa macam ada benda yang tak lengkap.. Owh.. Saya berpuasa diperantauan.. hu3..Perantauan lah sangat kan..

Hati sebenanrnya meronta-ronta nak sambut puasa dirumah bersama family. Tapi apakan daya, ada 1 paper lagi untuk berjuang. Lagipun hari ahad/isnin dah boleh balik.

Bak kata Daus,"macam tak biasa je puasa first tak dengan family"..

Seingat saya, sebelum tahun nie, hari first puasa, saya puasa bersama family ea.. Nie baru first time tak puasa bersama mereka.. 

Dan kenapa dengan tiba-tiba teringat kembali kenangan-kenangan sewaktu di asrama semasa puasa. Mungkin saya rindu dengan suasana itu. Mungkin lah.. =)

Saya harap puasa kali ini, lebih baik dari yang sebelumnya..

Salam RAMADHAN dari saya sekeluarga..



Wasalam......

Sunday, 10 March 2013

6 years with my dear.. =)

ASSALAMUALAIKUM.

9 MAC 2013

Tarikh bersejarah bagi aku dan dia.

6 tahun sudah kami kenal..

So far, ALHAMDULILLAH.. Kami tak banyak masalah. 

Aku as a student. Dia sudah bekerja. So, dunia kami berbeza.. Masing-masing faham dengan keadaan nie.

Dia selalu membebel kat aku. Mengalahkan mak aku je... huhu.. *oppsss.. sorry ye.. hu3.

Semuanya untuk kebaikan aku. So, nak tak nak dengar jela.. Buat belum tentu.. huhu..

Okey.

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUSA

Sayang awak sangat-sangat.

Semoga apa yang kita angan-angankan menjadi kenyataan..

Thanks sebab hadir dalam hidup saya, menceriakan lagi hari-hari saya..

Bagi semangat pada saya.

LOVE you so much..!



Aiskrim Belanda

ASSALAMUALAIKUM..

Hai semua..

Sekarang I dah start memulakan semester yang baru. semester ke-3.. ( gedik nak ber "I" plak.. huhu )

So, tamatlah cuti di rumah.. Agak sedih la kan sebab terpisah dengan mak & ayah. *Dah macam budak-budak pulak la kan. huhu.. Peduli lah apa orang nak kata, yang sedih aku, bukan korang. Kankankan??

Haa... Mesti ada yang tertanya-tanya kan sepanjang cuti tu aku buat apa.

Tak kan la MAKAN, TIDUR, MAKAN, TIDUR, MAKAN, TIDUR jerk..

Ada yang kena BEBEL + BANTAI dengan mak nanti..

Sebenarnya aku ada buat bisness kecil-kecilan. Aku berniaga "ice blended". Haa, tak taw apa tu??
Okey meh aku tunjukkan.

                             
*okey nie aku guna khidmat pakcik google untuk cari gambar nie*

ALHAMDULILLAH. Dapat sambutan yang baik.. Tak perlu jual kat pasar or mana-mana. Aku just jual kat rumah je.. Senang dapat elektrik.

Mula-mula nak memperkenalkan kat orang lain tu, aku tak ada idea. Sampailah aku suruh budak kecik nie bagitaw kat kawan-kawan sekolah dia. Memang target aku untuk budak-budak je. So, makin lama, makin ramai yang tahu. Satu kampung dah taw.

*nie la amri yang tolong aku bagitaw kat kawan-kawan dia*

Okey.. Petang je ada lah budak-budak yang datang nak beli. Sampaikan waktu tidur aku terganggu. Rasa macam nak buat-buat tidur dan tak dengar je. Sebab malas nak layan.. HAHA. Tapi, manalah boleh. Nak cari rezeki kan. Kenalah berkorban siket.

Hari-hari sepupu aku nie datang rumah. Maklumlah rumah dekat. Dialah kadang-kadang yang menolong aku. Tolong kacau.. HUHU. Setiap kali aku buat, mesti dia cakap macam nie, "kak, buat lebih siket. aku nak". Haha.. Amri. Amri.

Ada satu petang tu, kebetulan aku baru bangun tidur. So, macam mamai-mamai lah. Ada seorang budak nie. (Aku kenal budak-budak kampung nie.). Aku tanya nak apa. Sebab mak aku ada jual ice cream malaysi gak. Ala yang 20 sen tu. Pastu dia kata, "nak beli AISKRIM BELANDA".. Aku tanya, "nak perisa apa?".
Dia jawab, "nak perisa cokelat". Baru aku tahu yang dia sebenarnya nak "ICE BLENDED". Time tu aku menahan ketawa. Yela, takkan nak ketawa depan budak tu kan. Kan nanti dia malu la.. So, sambil buat tu, aku pon tersengih-sengih.. haha...

Sekarang, aku dah balik puncak alam nie, mak pulak yang sambung buat. Takkan nak tetiba berhenti plak kan. Kan ada yang menangis sebab tak dapat minum ice blended pulak nanti. huhu..

Papepon, pengalaman yang menarik. Dan ianya boleh dikembangkan lagi..

Thankz to my MOM & DAD coz support me.. =)

okey.

Jumpa di lain entry..

Bye.

Wasalam.


Friday, 22 February 2013

tak PUAS ke??

ASSALAMUALAIKUM..

Ffffuuuuuhhhhhh... ffuuhhh... fuhhhhh....

Buang habuk kat blog nie... berhabuk dek kerana tak mengupdate..

Hai... (sambil melambai-lambai tangan). Apa perkembangan?? Haa, dah tunang? dah kahwin?? ALHAMDULILLAH.. =)

Tunang or kahwin tak ada kena mengena dengan tajuk entri nie ea.. huhu... *sesaje je..

Apa yang TAK PUAS nie??

Cuti sem nie haa... kejap je rasanya. Lagi seminggu je dah nak kena balik Puncak Alam semula... Rasa tak puas lagi. Nak cuti lagi.. (bajet macam uitm tu bapak aku yang punya je. boleh nak request2 bagai.. haha)

Dan rasa tak percaya bila nak melangkah ke semester yang ke-3.. kau percaya tak?? Seriously, masa berjalan begitu pantas! 

Dah setahun duduk kat Puncak Alam yang terlindung disebalik hutan & bukit-bukit. Yang line henset or wifi or broadband laju tak terkata. Bas rapid KL yang penuh dengan penumpang.. Bas rengit yang sekejap wujud, sekejap tak.. Wujudnya bonggol2 yang tinggi di jalanraya.. huh !! 

Ehhhh,, kenapa cerita pasal keunikkan tempat tu?

Okey2.. Abaikan je ea kalau dah terbaca tu...

Sekarang, apa yang aku tunggu ialah tarikh duit PT keluar.. Ish.. macam tunggu apa jela.. Poket kering hoi.. walaupon cuti nie aku menceburi bisnez, tapi duit bisnez untuk keperluan lain.. Bisnez apa?? Nantilah aku cerita ye..

Belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan terima kasih pada mak & ayah, lecture2 dan kengkawan kerana banyak membantu.. Syukur ALHAMDULILLAH result semester ke-2 meningkat berbanding semester pertama. walaupun pointer untuk tersenarai menjadi dekan tu tinggi lagi, tapi aku tetap bersyukur... apa yang kita usahakan, itu lah yang kita dapat. =)  

Rasanya stop dulu kat sini.. nanti lain masa kita jumpa lagi..

WASALAM... 


Wednesday, 26 December 2012

cuti study week

ASSALAMUALAIKUM.

Sekarang aku tengah cuti study week. Masa untuk melapangkan otak yang dah serabut. Serabut dengan macam-macam perkara.

Nak tahu tak? Aritu time aku nak balik kampung, punyalah berlagak tak nak beli tiket awal. Sekali aku pergi kat Klang Central tu, tiket balik ke jb semua dah habis. Punyalah sedih hati nie. Nasib ada abang tiket tu tolong aku. Dia pergi carikan aku tempat duduk. Aku tak kesah dah dapat duduk kat mana-mana, yang penting aku balik haritu jugak. Pergh! tiket tak nak mahal plak kan. Taw berapa? RM40! Nie mesti kes masuk poket sendiri. Argh.. tu aku tak kesah.. Aku halal kan jela..

Okey. Sekarang dah ada kat rumah. Senang je hati nie.. Mana tak nyer. MAKAN + TIDUR je. Lagi-lagi sekarang nie tengah musim hujan kan.. Sedap lah aku beradu atas tilam yang empuk tu. hu3..

NOTA? BUKU?

Apa benda tu?? haha. (ayat mintak penampar)

Pihak universiti bagi cuti nie untuk buat ulangkaji.. Tapi, yang aku nie langsung tak ulangkaji. Lagi-lagi dah duduk kat rumah AYAH + EMAK.. Nasib baik start final 8hb januari 2013. So, macam lama lagi la bagi aku la.. INSYAALLAH sempat aku nak ulangkaji nanti. =)

Buat masa nie, aku tak taw lagi nak balik ke Puncak Alam hari ape, berapa haribulan.. Sebab dah sedap duduk rumah.. huhu.

Ucapan khas buat kawan-kawan semua ;

" GOOD LUCK. DO THE BEST. HOPEFULLY TERSENARAI DALAM DEKAN"




p/s : awak, please jangan buat saya macam nie. kusut taw tak!!!


Monday, 3 December 2012

Lama dah tak mengupdate blog

ASSALAMUALAIKUM..

Hai readers-readers sekalian...

Nampaknya sem ke-2 nie tak menyempat langsung aku mengudpate blog nie kan..

Lama sangat tak meluahkan rasa hati, share cerita, tanya pendapat.. URMMMM..

Banyak peristiwa dah berlaku..

Gembira, sedih, sakit hati, stress... *eh pesal banyak yang ke arah negatif nie...?

NURUL AMIRAH BINTI JAIMEN.

Awak kena sedar, yang awak tu seorang pelajar universiti...

Bukannya pelajar tadika lagi yang tak taw apa-apa tu..

Sedar la siket !!

Umur dah 21 tahun.. *please wish for me.. 24 nov.. hu3

Awak kena kuat, tabah, cekal hadapi semua nie..

Nie lah dugaan untuk awak, mira..

 Balas balik jasa ayah & emak yang kat kampung tu..

Apa sahaja permintaan awak, mereka bagi.

Tak cukupkah semua tu??


**************************************************************

Sekarang, ayah tengah tak sihat..

Aku risau sangat2..

Hopefully ayah cepat sihat..

********************************************* 


*mereka adalah semangat aku!! *


Saturday, 4 August 2012

nothing

ASSALAMUALAIKUM.. 

Salam Ramadhan..

ALHAMDULILLAH.. dah hari yang ke-15 kita berpuasa kan.. Pejam celik pejam celik dah nak raya.. =)

Aku dapat merasakan raya tahun nie tak semeriah macam tahun-tahun sebelum nie.. Bukan kerana aku dah besar or aku bukan di zaman kanak-kanak lagi.. TAPI.... hurm... 
biarla rahsia... (cewah nak nyanyi lagi siti bagai.. hu3)
 
Aku taw, aku jahat.. (ada tak orang jahat ngaku dia jahat..aku je berani ngaku.. huhu)

Tapi, sejahat-jahat aku, dalam hati ada taman wei... Arghhhh.. Apa dah aku mengarut nie.

Puasa nie, banyak menguji aku.. Tak ape.. aku terima semuanya, walaupon hati nie sakit, terluka, parah, cedera... haa... amik kau, semua ada.. hu3...

Aku nak cerita ape je nie?? urm.. nie la akibat kalau hati kacau bilau, otak mereng, tangan dok taip yang merapu-rapu... Maaf la ye.. Kalau korang baca entry nie just nothing..

lalalalalalalalalalalalalalalala...

See... kesengalan terserlah... 

Arghh.. peduli ape aku.. Blog aku, bukan blog kau... Ada aku kesah?? :p

OK2... Stop merapu-rapu.. 

* Nie aku nak bagitau, aku sekarang nie, baru menceburi dunia TWITTER. Tapi masih mentah dalam social network tu.. 

Ok la guys.. Take care yourself.. =)

Wasalam..



 

Sunday, 22 July 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa .. =)

ASSALAMUALAIKUM..

Hai readers sekalian...

MUHARAM, SAFAR, RABIUL AWAL, RABIUL AKHIR, JAMADIL AWAL, JAMADIL AKHIR, REJAB, SYAABAN, RAMADHAN, SYAWAL, ZULKAEDAH, ZULHIJAH..

ALHAMDULILLAH..

Kita dah masuk bulan yang ke sembilan dalam kalender ISLAM.. Bulan ape?? Bulan yang di tunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh pelusuk bumi..

BULAN RAMADHAN KAREEM.. =)

Bersyukur sangat sebab dapat berjumpa dengan bulan RAMADHAN tahun nie..

Bulan nie so SPECIAL compare bulan-bulan lain..

Sebab ape???

1) Dapat puasa selama sebulan, kalau bulan-bulan lain paling tak pun puasa hari isnin & khamis je..

2) Boleh sembahyang terawih. Bulan-bulan lain mana ada sembahyang terawih.. Setahun sekali je taw.. Rugi la pada siapa-siapa yang tak buat sembahyang terawih nie.

3) Ada malam lailatul qadar.. Satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.. Dimana semua amalan kita diterima sama ada taubat, doa, sembahyang dan sebagainya.. Tapi malam lailatul qadar nie adalah rahsia ALLAH.. Kita tak tahu bila.. Cuma yang kita tahu sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan (bilangan hari yang ganjil). 

4) Time nie la berlumba-lumba nak khatam Al-Quran. Dulu time kat asrama, kitaorang dibahagikan dalam kumpulan.. Setiap kumpulan kena habiskan semua surah, kira kena khatamkan la..

5) Ada bazar ramadhan.. Haa yang nie bulan lain pon tak ada kan.. Kalau bulan lain tu, di kira pasar malam je.. bukan bazar, ok..

Nie lah 5 sebab kenapa Bulan RAMADHAN so special..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA semua..

Semoga RAMADHAN tahun nie lebih baik dari RAMADHAN tahun lepas.. =)


*INGAT ! RAMADHAN bukan pesta JUADAH tetapi pesta IBADAH*

Wasalam.. =)

Thursday, 12 July 2012

Salah Ker??

ASSALAMUALAIKUM...

Hari nie mood tak okey sangat..

Dengan kepala serabut dengan akaun & law..

Saket kepala lak tu.. Sabar jela...

Tu nama nyer Allah sayang kita kan??

Okey.. Just lagi berapa hari je lagi nak balik rumah..

"kau" cari pasal dengan aku lagi..

Hei.. aku jenis yang tak suka marah-marah orang..

lantak kau la.. 

Beb.. salah ke aku nak study dengan kawan-kawan sekelas aku??

Salah ke aku study kat bilik study..??

Salah ke aku tak study dalam bilik aku or dalam rumah??

SALAH KE???

aku dah penat la nak layan ragam kau..

Tolonglah... jangan nak "CARE" sangat pasal aku..

Bukan aku tak hargai cara kau "CARE" kat aku..

Tapi.. bukan camni caranyer..

Aku ada life aku sendiri..

Bukan life aku dengan "kau" je..

Aku pon tak kisah kau nak kawan dengan sape-sape..

Aku tak halang..

Sebab tu hak masing-masing kan...

Jangan nak pertikaikan dengan siapa aku berkawan..

Itu HAK aku.. Ikut suka aku lah.. 

Nak kawan dengan budak lelaki ke budak pempuan ke..

Asalkan aku jaga batas pergaulan aku..

Aku taw la mana DOSA & mana PAHALA..
 
STOP la wei... CUKUP la...

Jangan buat aku tak suka pada "kau".

Okey.. Semoga kau bahagia...

Wasalam..

Wednesday, 27 June 2012

TUHAN jagakan dia.. =)


ASSALAMUALAIKUM..

Hai u all.

First time dengar lagu nie, tiba-tiba rasa TOUCHING plak..

Urm.. RINDU kat dia la nie.. 

AWAK - awak.. Kita RINDU sangat-sangat kat awak taw.. 

Bila kita nak jumpe AWAK nie..

" Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku"



 * mAAf terJIWANG plak.. (suke aty aku, blog aku kan. kau peduli aper )

Okey.. Bye-BYE..

WASALAM.. =)


Friday, 22 June 2012

Touching Sebentar,,,

ASSALAMUALAIKUM..

Hai readers.. Hope u all sihat la ye..

I'm TOUCHING ???

Yes. That right !! WHY ??

Habis sudah pengajian aku untuk semester 1 di UiTM Puncak Alam.

Oppppsss... EXAM belum lagi ye... 

WHATEVER lah.... Yang penting PERASAAN aku tak main-main..

Sedih bila hari terakhir kelas. Lecture semua bagi kata-kata semangat serta doa.. THANK lecture.
You all the BEST !!
 
Aku rasa macam semalam je baru lepas daftar u, MDS, first time masuk kelas, jumpa kawan baru, malu-malu.. Dan tak boleh lupa, aku jadi CLASS REP a.k.a ketua kelas..

Sekejap je kan.. tapi macam-macam perasaan, macam-macam perangai, macam-macam ragam.. huh... tak larat nak refresh banyak-banyak..

Otak dah penuh dengan ilmu-ilmu MGT417, MGT 420, LAW 416, ECO 415, BEL 403 & ACC 418.. 

SEKARANG !!!!! Tumpu pada study.. EXAM tak lama lagi.. Hiraukan ANASIR yang membuang masa.. 

Ambil PENGAJARAN ape yang dah berlaku selama nie.. 

AKU taw AKU BOLEH.. So, BUKTIKAN lah..

CAKAP je tak guna lah... 

* Okey.. Buat kawan-kawan seperjuangan, GOOD LUCK.. ALL THE BEST.!

INSYAALLAH kita jumpa next sem okey.. =)

*macam nie la keadaan aku sekarang*

That's all.. 

Wasalam...


Monday, 21 May 2012

semoga NENEK cepat sembuh...

ASSALAMUALAIKUM...

Hai readers..

Patot lah hati aku tak tenang je hari nie..

YA ALLAH... 

KAU sihatkan lah nenek ku..

Tadi adik aku mesej.. "kau tak nak balik ke kak tengok nenek??"

Dalam hati aku, dah kenape dengan adik aku nie tiba2 mesej macam nie..

Then, aku call adik aku... Mak aku yang jawabkan..

Mak kata, nenek masuk hospital sebab demam & darah tinggi...

Aku nak balik.. tapi.....

Urm... minggu depan dah cuti seminggu..

Nenek.. minggu depan ea mira balik jengguk nenek..

Mira doakan nenek supaya cepat sihat..

Nenek... LOVE U....


Kawan2.. doakan nenek aku supaya sihat ea..

wasalam..

Sunday, 20 May 2012

RINDU saat itu... =(

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak 2 menjak, 3 menjak nie.. Fikiran aku tak betol siket... Ntah kenapa.. Aku pon tak taw.. Pakwe aku yang selalu jadi mangsa. Hampir gaduh dibuatnyer.. Aku la yang suka cari pasal.. Nasib baik okey je..

Okey.. Bukan pasal tu sebenarnya aku nak cerita.. Aku nak cerita kisah-kisah dahulu... memori-memori dahulu..

Urm.. Betol lah orang kata.. Zaman persekolahan adalah zaman terBEST sekali.. Tak kira lah zaman sekolah tadika ke, sekolah rendah ke or zaman sekolah menangah.. yang penting ZAMAN SEKOLAH TERBEST!!!!

WHY ??

Korang ada jawapan tak untuk soalan aku nie??

Kalau ada.. bagitau kat aku ea.

Lagi sehari je nak masuk bulan REJAB... Tu yang aku tetiba rindu zaman-zaman ini...

Sebab ape?? Sebab nyer, bila tibanya bulan REJAB & SYAABAN kami-kami nie duk sibuk ganti puasa.. (bagi yang perempuan).. hu3.. Maklum lah, bulan puasa dah nak dekat.. Lagipon masing2 nak puasa sunat..

Bagi aku a.k.a budak asrama ni, benda yang paling malas nak buat bila bulan puasa ialah bangun sahur.. Yela.. kalau kat rumah tu, mak ada boleh kejutkan.. Nie duduk asrama kena bangun sendiri la wei.. kadang-kadang tak bangun sahur pon..

Kalau bangun nak sahur punya la malas nak turun tangga nak pergi dewan makan.. Kalau kat SMKTHO dulu kira okey lagi la.. Boleh pergi sahur pakai t-shirt je.. Nie kalau kat SMKABP, huh... Baju kurung taw.. Pagi-pagi buta dah pakai baju kurung.. Tu yang membuat kan aku malas nak pergi dewan makan & just makan biskut or roti je dalam dorm...

Kawan-kawan yang lain pon lebih kurang sama je dengan aku...

Bila time nak buka puasa je.. Mak aiii... kena beratur punyalah panjang.. Sampai ke pintu belakang pon ada.. Kalau ada budak yang potong Q tu, aku rasa macam nak kick je budak tu.. Dah taw lambat, beratur belakang lah kan..

Time nak buka puasa, cari port yang dekat dengan TV.. So, boleh lah tengok tv sambil ditemani ustaz.. Wow... rindu ustaz plak.. huhu.. (Jangan-jangan.. laki orang dah..)

SERIUS!! aku rindu zaman tu.. RINDU nak buka ramai-ramai dalam dewan makan with kawan-kawan... =(

Kawan-kawan.. JOM kita buka puasa sama-sama.....

MISS THAT MEMORY... =(


Wednesday, 16 May 2012

Selamat hari Guru.. =)

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya belum terlambat lagi kalau aku nak wish " HAPPY TEACHER'S DAY " untuk cikgu, ustaz, ustazah & lecture yang telah mengajar aku selama nie...

1. Tadika Kemas Kampung Chamek.
2. SK Kampung Chamek.
3. SMK Tun Hussein Onn, Kluang.
4. SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi.
5. UiTM Puncak Alam.

Semoga cikgu, ustaz, ustazah & lecture di murahkan rezeki, di panjangkan umur, & sihat-sihat selalu.. =)

Untuk ayah, JAIMEN BIN WAGIMAN :

SELAMAT HARI GURU, AYAH....

mesti dapat banyak hadiahkan CIKGU JAIMEN.. =)

Nanti bolehlah share-share... hu3..



 * gambar ayah bersama anak muridnya*


 WASALAM..

Sunday, 13 May 2012

bersuka ria di hujung minggu... =)

ASSALAMUALAIKUM..

Hai semua..

Di hujung minggu nie lagi best rehatkan otak & badan kan.. So, arinie aku duduk bilik je.. Semalam dah puas berjalan.. Aku pergi Bukit Cerakah kat Shah Alam..

Penat sangat.. tapi BEST...

Aku pergi dengan housemate aku.. 5 orang je.. 3 orang lagi ada hal masing2.. So, kitaorang sewa kereta.. Ala2 racing kereta nyer.. hu3..

Sampai je kat sana.. Perghh.. banyak kereta ar.. Ingat kitaorang je yang pergi.. (bajet tempat tu bukan tempat awam) haha..

Tempat nie luas.. kena naik bas baru boleh tengok semua kawasan-kawasan kat sini.. 

Banyak aktiviti yang boleh buat.. Contohnya aktiviti berbasikal, flying fox, jungle treaking, nak buat hari keluarga pon boleh..& macam-macam lah.. haa.. tak lupa kat sini ada rumah 4 musim.. sekarang tengah musim bunga.. cantik!! Ada juga disediakan chalet untuk rehat.. best la...(dah macam nak promote Bukit Cerakah la plak) hu3..


Kalau nak pergi sini tak payah la nak berskirt & wedges bagai.. hu3.. (ditujukan untuk housemate aku) huhu.. Nak buat aktiviti pon x selesa.. Yela cuba bayangkan naik basikal pakai wedges.. hu3.. jangan marah ye kawan.. hu3..

Jom-jom tengok gambar kitaorang. Kalau tak nak tengok, tak payah tengok..



Haa... mesti korang pon nak pergi gak kan...

Pergi jela.. Masuk RM3 je... 

Thankz ye kawan-kawan.. sayang korang.. 

SWEET MEMORIES WITH U ALL.. =)

Wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...